Apple Tidak Lagi Membenarkan Epic Games Menggunakan Ciri Daftar Masuk “Sign In With Apple”

Apple Tidak Lagi Membenarkan Epic Games Menggunakan Ciri Daftar Masuk “Sign In With Apple”

Diterbitkan pada Sep 10, 2020 oleh .

Ciri “Sign In With Apple” telah diperkenalkan oleh Apple sebelum ini dalam usaha memudahkan pengguna untuk mendaftar masuk ke sesuatu aplikasi, dan pada masa yang sama mengekalkan privasi mereka.

Ciri ini telah mula digunakan oleh sejumlah penerbit aplikasi di iOS, termasuk Epic Games sendiri. Terbaru, bercakap mengenainya, Epic Games mengatakan Apple tidak lagi membenarkan pengguna daftar masuk ke akaun Epic Games menggunakan ciri “Sign In With Apple”.

Perubahan ini akan diperkenalkan seawal 11 September 2020 ini. Sekiranya anda sedia berdaftar menggunakan ciri ini, anda diminat untuk mengemaskini akaun Epic Games anda dengan alamat emel dan kata laluan seawal mungkin untuk mengelak anda tidak boleh log masuk selepas 11 September ini.



Paling Popular