Cari @ Amanz

Motorola Razr 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai peranti skrin boleh-lipat generasi kedua dari pengeluar telefon mudah alih pertama dunia. Kali ini peranti menggunakan cip Snapdragon 765G dan juga sokongan rangkaian 5G buat pertama kali.

Spesifikasi peranti adalah seperti berikut. Skrin luar 2.7″ gOLED dengan resolusi 600×800 pixel, skrin utama boleh-lipat 6.2″ pOLED 21:9 CinemaVision dengan resolusi 876×2142 pixel, dijana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 2800 mAh dengan pengecasan 15W.

Kamera utama sebesar 48 megapixel pada bahagian luar dan kamera swafoto pula sebear 20 megapixel yang diletakkan pada takuk di atas skrin dalaman. Seperti peranti terdahulu, rekaan ikonik Razer berdagu dikekalkan tetapi tiada lagi pengimbas cap jari fizikal. Pengimbas cap jari kini diubah ke belakang pada logo sayap kelawar Motorola.

Mekanisme lipatan menurut Motorola telah dikemaskini supaya boleh bertahan dilipat dan dibuka sebanyak 200,00 kali atau bersamaan dengan penggunaan selama lima tahun.

Skrin luaran kini akhirnya menyokong gestur bagi memudahkan lagi proses membalas mesej dengan pantas tanpa perlu membuka skrin utama. Ia juga menyokong lebih banyak aplikasi seperti Google Maps, Spotify, YouTube Music dan Pandora walaupun bersaiz kecil. Akhir sekali peranti masih menggunakan Android 10 dengan pelancar My UX.

Di Amerika Syarikat Motoroal Razr 5G akan dijual pada harga $1399 (~RM5827) sebuah dengan ia kemudiannya dipasarkan ke Eropah dan China pada musim luruh kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd