Cari @ Amanz

Pesawat Boeing 787 Dreamliner dilengkapi tingkap yang boleh digelapkan oleh pengguna dengan hanya menekan butang. Teknologi elektrokromisme untuk merealisasikannya. Di China, BOE telah memperlihatkan teknologi cermin kereta yang yang menggunakan teknologi yang sama.

Cermin kereta LCD ini boleh digunakan untuk cermin bumbung dan juga cermin sisi. Pengguna hanya perlu menatal pada skrin atau memberikan arahan suara untuk melaras tahap keterangan dan kegelapan cermin. Selain digunakan dalam industri automotif, BOE juga percaya teknologi ini boleh digunakan oleh industri perkapalan, senibina, kereta api dan penerbangan.

Dengan teknologi ini penghadang cahaya dengan mangkuk vakum yang digunakan sekarang tidak lagi diperlukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd