Carian
AMD
AMD Akan Tiba Dengan Dua Acara Untuk Mengumumkan Ketibaan Zen 3 Dan RDNA 2 Pada Bulan Oktober
September 10, 2020 Nazrin

NVIDIA dan Intel baru sahaja memperkenalkan siri produk mereka yang terbaru, termasuklah siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 dan siri CPU Intel Core generasi ke-11 Tiger Lake.

AMD baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan dua acara untuk memperkenalkan siri CPU AMD Zen 3 dan juga siri kad grafik AMD RDNA 2 pada bulan Oktober kelak.

Pada 8 Oktober, AMD akan memperkenalkan siri CPU AMD Zen 3 terbaru mereka yang dibangunkan dengan proses 7nm+ yang diperbaharui. Ia dikatakan bahawa siri CPU Zen 3 ini akan hadir dengan penambahbaikan yang lebih baik walaupun apabila dibandingkan dengan CPU AMD Zen 2.

Pada 28 Oktober pula, AMD akan memperlihatkan siri kad grafik terbaru mereka, yang mungkin akan dinamakan AMD Radeon RX6000. Ia menggunakan rekaan cip Radeon DNA 2 ataupun RDNA 2 yang mana banyak ura-ura mengatakan akan akhirnya bersaing dengan siri kad grafik terbaru keluaran NVIDIA.

Jika anda masih sedang memilih komponen untuk membina sebuah komputer baru, pengumuman oleh AMD ini semestinya akan menarik minat anda, dan memberikan lebih banyak pilihan dari segi komponen.

Komen