Cari @ Amanz

Seperti apa yang kita dilihat, ketika ini terdapatnya puluhan peranti boleh-pakai sudah membanjiri kini membanjiri pasaran. Ada bermacam-macam jenis rekaan dan fungsi, namun setiap satu daripanya pasti memiliki fokus yang sedikit berbeza mengikut target masing-masing.

Jika semalam spesifikasi Realme Watch S Pro dikatakan telah tertiris. Terkini, giliran Vivo Watch pula dilihat mencuri perhatian ramai. Beberapa imej memperlihatkan jam tangan pintar ini dikatakan telah tertiris. Ia dipercayai hadir dalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm. Permukaan dilihat menggunakan skrin berbentuk bulat dan terdapat dua butang yang mungkin digunakan untuk sistem navigasi aplikasi pada sisi kanan.

Imej tersebar tidak mendedahkan sebarang spesifikasi pada jam pintar. Namun begitu, terdapat desus-desus mengatakan ia akan menggunakan paparan jenis AMOLED, binaan tubuh berasaskan keluli tahan karat, penarafan kalis air ATM 5, NFC, Jovi dan dengan sejumlah sensor untuk memantau kecergasan serta kesihatan pengguna.

Dalam perkembangan lain, terdapat sumber mengatakan jam pintar ini akan dilancarkan sekitar penghujung September ini. Ia berikutan tersebarnya poster acah yang memperlihatkan tarikh pelancaran peranti yang dijadualkan berlangsung pada 22 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd