Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Watch Active2 telah dilancarkan sekitar Oktober tahun lalu. Ia hadir dengan rekaan yang elegan, di samping sejumlah ciri memfokuskan pada kecergasan. Kini, Samsung mengesahkan bahawa jam pintar ini menerima kemas kini fungsi menarik seperti yang boleh ditemui pada Samsung Galaxy Watch3.

Samsung dalam kenyataanya berkata, kesemua kemas kini akan bermula hari ini. Di mana, kemas kini awal boleh didapati pada versi Bluetooth terlebih dahulu. Kemudiannya, diikuti pula untuk versi LTE. Difahamkan juga, kemas kini ini memerlukan aplikasi Galaxy Wearable dan plugin Galaxy Watch Active2 dengan versi terkini.

Fungsi pertama ialah pengesanan jatuh bagi memberikan bantuan kecemasan automatik apabila pemakai terjatuh. Di mana, apabila ia mengesan pemakai jatuh, sistem SOS akan menghantar mesej kepada individu yang didaftarkan di dalam senarai nombor kecemasan yang dimasukkan menerusi aplikasi Galaxy Wearable.

Fungsi seterusnya, termasuklah sejumlah ciri komunikasi baharu yang ditemui pada Samsung Galaxy Watch3 seperti sokongan untuk pemberitahuan emoticand bergambar, ciri jawapan pintar dan paparan sejarah sembang turut termasuk dalam kemas kini ini. Akhir sekali, kemas kini perisian kali ini turut memberikan pengalaman mendengar muzik yang lebih lancar merentasi peranti dan ciri tangkap layar juga ditambahbaik – di mana secara automatik akan dihantar sebagai imej ke peranti pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd