Cari @ Amanz

Huawei Umumkan EMUI 11 – Beta Ditawarkan Ke Sejumlah Peranti Bermula Bulan Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei hari ini telah mengumumkan pengenalan versi terbaru sistem operasi berasaskan Android untuk telefon pintar keluaran mereka, melalui pengenalan EMUI 11.

EMUI 11 menawarkan kemaskini pada antaramuka yang kini lebih kemas, penawaran ciri privasi yang dikemaskini, penambahan ciri AOD (Always-On Display), penambahan ciri MeeTime, dan juga sokongan perkongsian skrin kepada sehingga tiga tetingkap aktif.

EMUI 11 juga turut menambah sokongan membuang data pada imej sebelum dikongsikan, selain ciri memo dengan penyulitan untuk menyimpan nota peribadi.

EMUI 11 akan ditawarkan dalam bentuk beta untuk 10 peranti Huawei, termasuk antaranya adalah Huawei P40, Huawei P40 Pro, Huawei P40+, Huawei Mate 30, Huawei Mate 30 5G, Huawei Mate 30 Pro, Huawei Mate 30 Pro 5G, Huawei Mate 30 RS, Huawei MatePad Pro, dan juga Huawei MatePad Pro 5G.

Huawei mengatakan penawaran beta untuk Honor 30, Honor V30 dan Huawei Nova 7 akan turut ditawarkan, tetapi tarikh penawarannya masih belum dikongsikan lagi buat masa ini.


Komen ()