CES 2021 Akan Berlangsung Secara Atas Talian Dari 11-14 Januari

CES 2021 Akan Berlangsung Secara Atas Talian Dari 11-14 Januari

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Covid-19 masih meragut ribuan nyawa dan puluhan ribu dijangkiti setiap hari. Malahan masih ada negara yang masih gagal merendahkan keluk. Tambah vaksin yang selamat masih belum berjaya dihasilkan. Kerana situasi pandemik yang belum reda, CES 2021 telahpun disahkan sebelum ini akan berlangsung secara atas talian. Tetapi hari ini tarikh acara ini akhirnya diumumkan oleh Consumer Tech Association.,

Acara akan berlangsung dari 11 hingga 14 Januari 2021. Acara pada hari pertama akan hanya dibuka kepada media berdaftar dengan hanya tiga hari terakhir dibuka kepada orang ramai. Jadi kepada media yang inginkan akses awal, mereka perlu berdaftar dan menerima jemputan untuk menghadiri penstriman atas talian.

CES 2021 ialah kali pertama acara dilangsungkan secara atas talian sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 1967. Saban tahun ia berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.



TIPS & ULASAN