Oppo Reno4 Pro Galactic Blue Berharga RM2399 – Hadir Dengan Kotak Hadiah Eksklusif

Oppo Reno4 Pro Galactic Blue Berharga RM2399 – Hadir Dengan Kotak Hadiah Eksklusif

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Oppo Reno 4 Pro telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia sekitar Ogos lalu dengan tanda harga RM2,399. Jika sebelum ini, Oppo Reno 4 Pro hadir dalam dua pilihan warna sahaja iaitu Silky White dan Starry Night. Bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, Oppo kini memperkenalkan satu lagi varian warna untuk model tersebut iaitu Galactic Blue.

Oppo Reno 4 Pro dalam warna Galactic Blue menampilkan sentuhan lebih segar untuk menambah pilihan menarik. Pilihan warna ini hadir dengan warna cerun biru muda – biru gelap pada panel belakang peranti. Diilhamkan daripada kilauan bintang di atas galaksi biru, kemasan yang menarik ini mampu menyerlahkan lagi gaya elegan pemakai. Kali ini, Oppo bekerjasama dengan pereka beg dan kasut terkenal, Christy Ng serta jenama Streetwear terkenal di Malaysia iaitu Pestle & Mortar Clothing (PMC) untuk pelancaran edisi istimewa ini.

Bagi yang berminat, Oppo Reno 4 Pro Galactic Blue ditawarkan pada harga RM2,399. Lebih menarik, pakej pembelian untuk Oppo Reno 4 Pro Galactic Blue turut didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif edisi terhad bewarna biru bersama hadiah istimewa bernilai RM199 bagi melengkapkan lagi koleksi.

Terdapat dua pilihan iaitu 1) Kotak edisi terhad Christy Ng mengandungi beg silang eksklusif dengan rona biru sentuhan khas pereka terkenal itu sendiri. 2) Kotak edisi terhad Pestle & Mortar Clothing (PMC) pula didatangkan dengan sehelai t-shirt eksklusif edisi terhad khas dengan gabungan warna hitam dan biru.

Pra-tempahan dibuka bermula hari ini – 25 September 2020 menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai rasmi Oppo, kedai pengedar Oppo yang sah serta di Lazada dan Shopee. Mesra diingatkan, pakej ini tersedia secara eksklusif dalam 300 unit sahaja.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno4 Pro hadir dengan skrin 6.55-inci, dilengkapi kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 4,000mah dengan pengecasan pantas SupervOOC 2.0 65W dan menjalankan perisian ColorOS 7.2.


Paling Popular