Bose Melancarkan Tiga Lagi Cermin Mata Dengan Fon Telinga Terbina

Bose Melancarkan Tiga Lagi Cermin Mata Dengan Fon Telinga Terbina

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Bose melancarkan tiga lagi cermin mata dengan sistem audio terbina pada bahagian tangkai. Tiga model yang dilancarkan ialah Bose Frames Tenor, Bose Frames Soprano dan Bose Frames Tempo. Kesemuanya hadir dengan lensa kaca mata hitam tetapi masih boleh digunakan sebagai cermin mata dengan lensa berkuasa.

Tenor dan Soprano adalah versi santai masing-masing dengan bingkai berbentuk empat segi dan bulat. Terdapat pembesar suara dengan sistem Bose Open Ear Audio pada bahagian tangkai untuk memberikan pengalaman audio peribadi. Terdapat juga mikrofon terbina bagi membolehkan pemakai melakukan panggilan telefon serta menyeru pembantu maya.

Pada tangkai juga terdapat sensor yang mengesan gestur untuk mengawal mainan muzik. Kedua-dua model ini boleh digunakan sebagai fon telinga selama 5.5 jam serta mempunyai ketahanan IPX2

Tempo pula adalah versi untuk digunakan ketika melakukan aktiviti lasak Sistem Bose Open Ear Audio pada bahagian tangkai dan mikrofon yang sama digunakan. Perbezaan terletak pada ketahanan bateri sehingga 9 jam dan kemampuan kali air IPX4.

Walaupun berlainan spesifikasi, Tenor, Soprano dan Tenor ketiga-tiganya dijual pada harga $249.95 (~RM1039) sepasang dalam pilihan warna hitam sahaja.



Paling Popular