Carian
Huami Melancarkan Amazfit Neo – Rekaan Retro Dengan Fungsi Dan Ciri Moden
September 11, 2020 Fahim Zahar

Huami jika hadir dengan produk peranti boleh pakai, semuanya kelihatan hebat dan menakjubkan. Harga jualan juga boleh diterima dan bersesuaian dengan ciri dan fungsi yang ditawarkan. Walaupun untuk pasaran tempatan, mereka tidak lagi mempunyai jam tangan pintar “penuh”, kerana setakat ini adalah memfokuskan kecergasan dan gaya hidup.

Terkini mereka hadir dengan Amazfiit Neo pula. Ia menggunakan rekaan retro yang pasti akan mengenang kembali memori silam. Sekilas pandang ia kelihatan seperti Casio Digital World Time AE1200WHD-1A. Ia menggunakan skrin 1.2-inci STN LCD Always-On Display, yang mana boleh dilihat dengan jelas di bawah cahaya matahari dan ada lampu backlight untuk kegunaan di waktu malam. Ia berfungsi seakan jam klasik biasa.

Jam ini mempunyai tiga mod sukan sahaja, iaitu berlari, berjalan dan berbasikal. Ia juga mempunyai perlindungan kalis air 50 meter, pengimbas nadi sentiasa aktif 24 jam yang mengimbas setiap 30 minit, pemantauan tidur dan juga penilaian PAI seperti produk Amazfit yang lain. Bateri hanya 160mAhm tetapi ia boleh bertahan selama 4 minggu dalam satu pengecasan. Dengan penggunaan mod jam biasa, ia boleh bertahan selama 37 hari. Amazfit Neo juga adalah salah satu produk ekosistem Zepp yang menyokong iOS dan Android.

Harga jualan adalah RMB299, iaitu sekitar RM182 dengan pilihan warna hijau, jingga dan hitam.

Komen