Cari @ Amanz

MediaTek Bakal Hadir Dengan Cip Khusus Untuk Chromebook Pada Tahun 2021

Link Copied!

MediaTek buat masa ini hanya ada cip pemproses untuk telefon pintar, peranti boleh pakai, rangkaian seperti WiFi dan modem dan beberapa lagi. Mereka tidak pernah hadir dengan cip untuk komputer riba lagi. Terkini, menurut laporan dari laman web TechNews – MediaTek bakal hadir dengan cip khusus untuk Chromebook.

Informasi ini diperoleh di acara sidang Taiwan Educational Digital Transformation semalam yang diadakan oleh Acer, Google, MediaTek, dan Quanta. Menurut sumber, mereka akan hadir dengan cip 6nm untuk Chromebook, iaitu berasaskan ARM. Cip ini dikatakan adalah MT8915 dan akan mempunyai ciri kecerdasan buatan, sokongan WiFi 6, 5G dan menggunakan teknologi mirip cip ARM Apple yang bakal digunakan pada MacBook kelak. Seperti Apple, cip ini juga akan dihasilkan oleh TSMC.

Buat masa ini mereka masih fokus kepada pembinaan cip untuk peranti premium sahaja. Minat menghasilkan cip ini adalah kerana permintaan Chromebook yang semakin meluas sejak Covid-19. Melalui cip ini juga, sasaran mereka mungkin adalah hadir dengan Chromebook mampu milik.


Komen ()