Cari @ Amanz

Vivo Malaysia kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar dengan spesifikasi rendah-pertengahan, iaitu Vivo Y20.

Vivo Y20 hadir dengan dilengkapi skrin 6.51-inci HD+, dijana cip Snapdragon 460, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 5000mAh.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menyertakan tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan dari Vivo, boleh menyemak penawaran ini, dan mendapatkannya pada harga RM599 hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd