Cari @ Amanz

Meizu adalah nama yang tidak asing dalam pengeluaran telefon pintar. Tetapi di pasaran Malaysia, jenama ini agak suram dengan tiada berita mengenai penjualan di pasaran tempatan, serta permintaan yang agak rendah berbanding jenama lain. Sedang Meizu agak hebat dalam inovasi produk seperti pengecasan pantas dan peranti dwi-skrin.

Terkini mereka telah sedar yang pasaran sekarang adalah trend peranti gaming. Walaupun mereka agak lambat berbanding pesaing, tetapi mereka masih tidak mengalah dan mungkin akan hadir dengan telefon pintar memfokuskan permua pertama mereka. Informasi ini diperoleh selepas Meizu membuka Weibo baharu dengan nama Meizu Gaming. Dalam Weibo ini, mereka memperlihatkan kerjasama dengan permua King of Glory atau nama globalnya adalah Arena of Valor (AOV).

Menurut sumber, tahun lepas wakil Meizu ada menyatakan yang mereka akan hadir dengan sebuah peranti gaming. Tetapi ada spekulasi menyatakan yang Meizu Gaming ini hanyalah nama untuk pasukan e-sukan mereka. Buat masa ini peranti mercu mereka hanyalah Meizu 17 dan 17 Pro. Jika benar mereka akan hadir dengan sebuah peranti gaming, mampukah mereka membina nama semula?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd