Sebanyak 14,000 Unit Poco X3 Terjual Dalam Masa 24 Jam.

Sebanyak 14,000 Unit Poco X3 Terjual Dalam Masa 24 Jam.

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Poco X3 adalah peranti terbaru dari Pocophone, iaitu sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 732G. Ia juga adalah peranti Poco tersendiri pertama, yang mana bukan dijenama semula dari Redmi. Peranti turut menggunakan bateri 5160mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W, kamera 64MP, dan sokongan skrin 120Hz yang turut menyokong paparan HDR10+.

Poco X3 tidak dinafikan menjadi tarikan orang ramai, kerana harga jualan yang murah dan boleh dikatakan tidak masuk akal. Secara tidak langsung cuba bersaing dengan peranti seperti OnePlus Nord, Oppo Reno4, atau juga set import Pixel 4a. Sempena pelancaran peranti ini, sebanyak 14,000 unit berjaya dijual di Malaysia, Singapura dan juga Filipina dalam masa 24 jam. Semasa jualan 9.9 di Lazada dan di Shopee, jenama Xiaomi turut menjadi jenama pertama yang paling laris.

Di Malaysia, semasa jualan eksklusif ini harga jualan adalah RM799 dan RM949 untuk variasi 64GB dan 128GB. Kini jika anda ingin beli, harga jualan kembali ke RM899 dan RM1099.



TIPS & ULASAN