China Mungkin Ingin TikTok Menutup Operasi Di Amerika Syarikat Berbanding Menjualnya

China Mungkin Ingin TikTok Menutup Operasi Di Amerika Syarikat Berbanding Menjualnya

Diterbitkan pada Sep 12, 2020 oleh .

Bytedance, salah satu syarikat yang berpusat di China kini dalam perbincangan untuk menjual operasi perkhidmatan TikTok di Amerika Syarikat disebabkan oleh tekanan kerajaan di sana. Apa pun, terbaru, mengikut laporan Reuters, ia diperkatakan kerajaan China mungkin lebih selesa melihat operasi TikTok di Amerika Syarikat ditutup berbanding ia dipaksa jual oleh Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini telah memberi masa sehingga pertengahan September untuk menjual operasi TikTok, dan antara pihak yang berminat adalah termasuk Microsoft dan Oracle.

Apa pun, pada masa yang sama China telah memperkenalkan peraturan baru yang memerlukan penjualan berkaitan kecerdasan buatan dan algoritma akan diperlukan melalui kebenaran kerajaan negara berkenaan terlebih dahulu.

Mengikut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan paksaan jualan ke Amerika Syarikat memperlihatkan bukan sahaja Bytedance kelihatan lemah apabila ditekan, tetapi juga China itu sendiri.

Apa pun, bercakap mengenainya, pihak Bytedance mengatakan kerajaan China tidak pernah meminta mereka menutup operasi TikTok di Amerika Syarikat atau sebarang negara lain.

Walaupun dihalang oleh China, pihak Bytedance masih boleh menjual operasi dinegara berkenaan dengan tidak menyertakan sebarang algoritma utama pada aplikasi tersebut dan melihat kepada beberapa perkara alternatif.



TIPS & ULASAN