Huawei Memperluaskan Penggunaan Carian Pada Petal Search Untuk Meliputi Kandungan Lain

Huawei Memperluaskan Penggunaan Carian Pada Petal Search Untuk Meliputi Kandungan Lain

Diterbitkan pada Sep 12, 2020 oleh .

Petal Search merupakan salah satu perkhidmatan dan aplikasi yang ditawarkan oleh Huawei untuk pengguna mereka melalui AppGallery. Ia agak popular dikalangan pengguna peranti pasca Google Play kini, kerana ia memudahkan carian APK dan memasang serta memastikan aplikasi yang dipasang mempunyai versi terbaru padanya.

Menariknya, kini melalui kemaskini terbaru Petal Search, ia turut menambah beberapa ciri-ciri carian lain pada Petal Search.

Kini, Petal Search turut menawarkan carian gambar, video, berita, dan penerbangan melaluinya. Buat masa ini, ciri ini ditawarkan secara terhad dan untuk beberapa pengguna sahaja.

Huawei turut telah mengumumkan, para pembangun dan penyedia perkhidmatan carian turut boleh mengintegrasikan sokongan mereka ke Petal Search melalui penggunaan API.

Dengan Huawei membangunkan ekosistem mereka tersendiri, kini mereka dilihat turut menawarkan khidmat carian untuk menyaingi Google – walaupun ia masih pada peringkat yang sangat awal lagi buat masa ini.



TIPS & ULASAN