NVIDIA Dilaporkan Semakin Hampir Untuk Mengambil-Alih ARM

NVIDIA Dilaporkan Semakin Hampir Untuk Mengambil-Alih ARM

Diterbitkan pada Sep 13, 2020 oleh .

NVIDIA telah diperkatakan sejak bulan Julai lepas yang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Arm daripada Softbank. Terbaru, menurut laporan WSJ, transaksi pengambil-alihan ini mungkin diumumkan seawal minggu hadapan.

Arm, seperti ramai sedia maklum merupakan syarikat yang terkenal dengan  rekabentuk cip pemprosesan. Rekabentuk berkenaan digunakan secara meluas pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini. Teknologi Arm ini sedia digunakan oleh pelbagai pengeluar, termasuk Samsung, Apple, Qualcomm dan sebagainya.

NVIDIA dijangka akan membayar lebih $40 bilion untuk pengambil-alihan Arm – sekaligus menjadikannya antara terbesar dalam arena semikonduktor.

Apa pun, sekiranya transaksi pengambil-alihan ini diumumkan, ia mungkin turut menimbulkan ketidak-puashatian dikalangan beberapa pelesen ARM. Tetapi, pada masa yang sama, untuk NVIDIA pula, pengambil-alihan ini akan mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena semikonduktor.



TIPS & ULASAN