Oxford University Press Menawarkan Akses Percuma Ke Pelbagai Buku Teks Sehingga Penghujung September

Oxford University Press Menawarkan Akses Percuma Ke Pelbagai Buku Teks Sehingga Penghujung September

Diterbitkan pada Sep 13, 2020 oleh .

Oxford University Press merupakan salah satu penerbit yang terkenal dengan penawaran buku untuk tujuan pembelajaran bagi pelbagai tahap. Terbaru, disebabkan pembelajaran dari rumah, mereka telah menawarkan akses percuma kepada sejumlah penerbitan mereka bagi memudahkan orang ramai belajar dan mengajar terus dari rumah.

Melalui laman Oxford University Press, mereka menawarkan akses percuma secara digital untuk lebih 200 buku terbitan mereka. Buku ini turut meliputi dari peringkat rendah, menengah dan universiti.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk ke laman Oxford University Press, dan melihat kepada kandungan yang ditawarkan sehingga 30 September 2020 ini secara percuma, sebelum memilih untuk membelinya.

Layari : Oxford University Press



TIPS & ULASAN