Apple Mungkin Hadir Dengan Penawaran Jam Tangan Pintar Pada Harga Lebih Kompetitif

Apple Mungkin Hadir Dengan Penawaran Jam Tangan Pintar Pada Harga Lebih Kompetitif

Diterbitkan pada Sep 13, 2020 oleh .

Apple pada tahun ini telah membuat kejutan dengan menawarkan iPhone pada harga kurang RM2k, iaitu iPhone SE. Selain dari iPhone, kini gergasi perkomputeran berkenaan turut dijangka menawarkan jam tangan pintar mereka pada harga kompetitif.

Apple Watch pada hari ini sedia menjadi antara jam tangan pintar popular, dan Apple dilihat ingin menawarkan lebih kemudahan untuk pengguna memasuki ekosistem mereka.

Apple sedia menjadualkan acara khas memfokuskan Apple Watch pada minggu ini, dan mereka dijangka memperkenalkan Apple Watch pada harga mampu milik dengan mengehadkan beberapa penawaran.

Ia dijangka menawarkan rekaan seumpama Apple Watch 4, tidak menyertakan skrin sentiasa aktif (AOD), dan tiada ECG. dengan langkah ini, ia akan mengurangkan kos pengeluarannya, dan menjadikan harga jam tangan pintar berkenaan lebih rendah lagi.

Apple menjadualkan acara mereka pada 16 September ini, dimana kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya kelak.



TIPS & ULASAN