Cari @ Amanz

Huawei telah pun memperkenalkan EMUI11 pada minggu lepas, selain sedikit perkongsian berkaitan Harmony OS. Walaupun tidak berkongsi mengenai peranti akan datang, Huawei sering memperkenalkan versi terbaru sistem operasi mereka bersama-sama dengan siri Mate terbaru. Untuk tahun ini, Huawei dijangka memperkenalkan siri Mate 40 tidak lama lagi.

Terbaru, hadir desas-desus mengatakan Huawei Mate 40 mungkin hadir dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Dengan sokongan pengecasan pantas ini, ia akan menjadikan telefon dibawah siri Mate 40 ini antara yang menyokong pengecasan yang pantas di pasaran pada hari ini.

Huawei juga dijangka menyertakan cip Kirin 9000 bersama-sama dengan telefon pintar ini.

Huawei masih tidak berkongsi berkenaan peranti akan datang mereka buat masa ini, tetapi ia dijangka hadir pada Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd