Carian
NVIDIA Mengesahkan Akan Mengambil-Alih Arm Pada Nilai $40 Bilion
September 14, 2020 Aman

NVIDIA hari ini mengesahkan mereka akan mengambil-alih syarikat semikonduktor terkemuka ARM dari Softbank pada nilai mencapai $40  bilion.

NVIDIA mengatakan mereka akan kekal meneruskan penawaran lesen terbuka Arm kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama menyertakan pelesenan Arm bersama portfolio teknologi dari NVIDIA.

Arm juga akan terus beroperasi sebagai syarikat yang berpusat di UK selepas pengambil-alihan ini.

Arm pada hari ini menawarkan rekaan untuk cip pemprosesan yang  digunakan oleh sejumlah besar peranti mudah-alih, termasuk pada cip keluaran Samsung, Qualcomm, Apple, Huawei  dan sebagainya. 

Seperti biasa, pengambil-alihan ini masih tertakluk kepada kebenaran daripada pihak berkuasa.

Komen