Carian
Oracle Dilaporkan Memenangi Bidaan Untuk Membeli Operasi TikTok Di Amerika Syarikat
September 14, 2020 Aman

Microsoft pada awal hari ini telah mengatakan ByteDance menolak tawaran pengambil-alihan mereka, dan kini laporan susulan hadir mengatakan Oracle telah memenangi bidaan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Berbeza dengan pengambil-alihan sepenuhnya, sebaliknya Oracle akan dinamakan sebagai rakan kerjasama teknologi untuk TikTok di Amerika Syarikat – sekaligus menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul dikaitkan dengan sekuriti dan privasi.

TikTok Amanz

Buat masa ini, ByteDance dan Oracle masih belum mengumumkan sebarang perkara berkenaan hal ini secara rasminya. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan kerjasama Oracle dan ByteDance dalam beberapa hari lagi.

Komen