Carian
Samsung Menjadualkan Acara Galaxy Unpacked Pada 23 September – “Galaxy Unpacked for Every Fan”
September 14, 2020 Aman

Samsung hari ini mengumumkan mereka menjadualkan sebuah acara khas pada 23 September kelak, dinamakan sebagai “Galaxy Unpacked for Every Fan“.

Pihak Samsung tidak menyatakan apakah yang bakal diumumkan. Tetapi, jikalau mengikut pelbagai ketirisan yang telah berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita mungkin melihat pengenalan Galaxy S20 Fan Edition pada acara berkenaan.

Telefon pintar Galaxy S20 FE ini dijangka akan menyertakan sedikit perubahan pada bahagian kamera, selain penawaran lebih warna peranti kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 23 September ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung melalui acara khas Galaxy Unpacked ini.

Komen