Carian
Huawei Watch Dengan HarmonyOS Diperlihatkan
September 14, 2020 Effi Saharudin

Jam tangan pintar Huawei dan Honor pada waktu ini menggunakan sistem operasi LiteOS. Tetapi ketua pegawai eksekutif bahagian peranti mudah alih mereka Richard Yu telahpun mengatakan bahawa sistem operasi HarmonyOS kelak akan digunakan pada kesemua produk mereka iaitu telefon pintar, jam tangan pintar, televisyen, komputer dan kenderaan.

Pada hujung minggu lalu video menunjukkan Huawei Watch menggunakan HarmonyOS telahpun diperlihatkan. Tiada perubahan pada antaramuka dapat dilihat berbanding LiteOS. Cuma kami menyedari animasi yang lebih lancar dan pantas.

Terdapat laporan Huawei akan melancarkan jam tangan pintar pada penghujung tahun ini manakala pada jam tangan pintar pula pada tahun hadapan. Di China televisyen pintar menggunakan HarmonyOS telahpun dilancarkan sejak tahun lalu.

Komen