Syarikat teknologi sering memfailkan paten baru yang memberikan petanda untuk ciri-ciri akan datang. Terbaru, Instagram dilihat memfailkan sebuah paten baru yang ingin membenarkan pengguna untuk berkongsi pautan terus pada bahagian kapsyen – tetapi dengan membayarnya.
Melalui paten berkenaan, pengguna boleh memasukkan pautan URL pada kapsyen sebelum berkongsi sesuatu perkara – dan sebuah pop-naik akan hadir meminta untuk anda ingin membayar untuk mengaktifkan pautan berkenaan atau sebaliknya.
Buat masa ini, ia hanya sekadar pendaftaran paten sahaja. Tetapi, sekiranya benar-benar diimplementasikan, ia mungkin akan menjadi salah satu sumber kewangan besar untuk pihak Instagram – memandangkan mungkin ramai yang terbuka untuk berkongsi pautan pada bahagian kapsyen, dan membayar untuknya.