Chrome OS adalaj sistem operasi berasaskan Linux daripada Google. Secara keseluruhan, ia adalah pelayar web Chrome yang diubah menjadi sistem operasi. Ini bermakna jika Chrome ada kemaskini baru, Chrome OS turut akan menerima kemaskini yang sama. Tetapi perkara ini akan berhenti kelak, kerana Google dalam proses mengasingkan pelayar web Chrome dari Google Chrome. Secara tidak langsung akan menjadikan dua “produk” ini sebagai dua produk berbeza.
Bagi memudahkan anda faham, ia adalah seakan anda menjalankan sistem operasi Windows, Ubuntu atau lain-lain dan menggunakan Chrome sebagai pelayar web. Ia tidak lagi seperti dahulu, buka sahaja Chromebook akan terpapar skrin utama dan buka apa-apa aplikasi akan dibuka melalui tab Chrome. Perkara ini dapat dijayakan melalui Lacros. Melalui Lacros, Chrome OS boleh menjalankan versi Chrome 85 misal kata dan pelayar web Chrome adalah versi 87.
Perkara ini dilakukan kerana ingin memastikan Chromebook mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Dengan adanya Lacros, binari Chrome OS sudah berasingan dengan pelayar web Chrome. Jadi walaupun sesebuah Chromebook itu sudah tidak menerima kemaskini Chrome OS – pelayar web Chrome masih boleh dikemaskini dan menerima ciri dan fungsi privasi, sekuriti dan keselamatan yang baik. Buat masa ini, Chrome OS dan Chrome adalah satu entiti yang sama – jadi jika Chromebook itu sudah tiba usianya Chrome juga tidak akan dikemaskini. Lacros masih lagi dalam ujian, dan tidak pasti lagi bagaimana Google akan edarkan kemaskini ini kepada pengguna.