Carian
Siri Realme Narzo 20 Mungkin Diperkenalkan Pada 21 September Ini
September 14, 2020 Amy Maizuraa

Ketika acara IFA 2020 tempoh hari, Realme telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan siri Realme Narzo 20 tidak lama lagi. Pada ketika itu, jenama ini dilihat hanya sekadar mengacah mengenai kehadirannya sahaja tanpa berkongsi maklumat lanjut berkaitan peranti.

Terkini, satu poster acah memperlihatkan tarikh pelancaran rasmi peranti ini dikatakan telah tertiris di arena web. Maklumat ini diperoleh hasil daripada perkongsian @stufflistings menerusi satu hantaran di laman Twitter miliknya. Poster acah tersebut mendedahkan siri ini mungkin akan diperkenalkan pada minggu hadapan, 21 September 2020 dan dipercayai hadir dalam tiga variasi berbeza.

Tiada maklumat lanjut berkaitan spesifikasi yang dikongsi, sebaliknya poster tersebut hanya memperlihatkan rekaan belakang peranti. Di mana, ketiga-tiganya hadir dengan rekaan modul kamera yang berbeza antara satu sama lain. Dengan ketirisan seperti ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat tertiris yang bakal muncul dalam masa terdekat ini.

Komen