Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Akan Dilancarkan Pada 15 Oktober

Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Akan Dilancarkan Pada 15 Oktober

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Pada awal bulan ini, NVIDIA telah melancarkan siri kad grafik desktop terbaru mereka, NVIDIA GeForce RTX 3000 yang terdiri daripada NVIDIA GeForce RTX 3090, GeForce RTX 3080 dan GeForce RTX 3070.

Tarikh pelancaran untuk dua daripada kad grafik ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3080 dan GeForce RTX 3090 sudahpun diketahui, iaitu September 17 dan September 24 kelak.

Terkini, NVIDIA telah memperlihatkan tarikh pelancaran kad grafik Ampere ketiga mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3070. Menurut kenyataan yang dikeluarkan NVIDIA, kad grafik tersebut akan tiba di pasaran antarabangsa pada 15 Oktober kelak.

NVIDIA GeForce RTX 3070 merupakan kad grafik kelas “premium mampu milik” yang dikatakan mempunyai prestasi setaraf kad grafik premium sebelum ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti, tetapi dijual pada harga yang jauh lebih murah, iaitu $499 ataupun RM2399.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui jika model kad grafik ini akan mula dijual di pasaran tempatan pada tarikh yang sama ataupun tidak, tetapi kebarangkaliannya tidak jauh dari tarikh asal cukup tinggi sekali.



TIPS & ULASAN