Cari @ Amanz

OnePlus Buds adalah TWS pertama dari OnePlus, yang merupakan satu set aksesori audio asas dengan pengalaman nirwayar sebenar. Menurut OnePlus mereka menggunakan rekaan ikonik OnePlus Bullets mereka – tetapi jelas sekali ia menggunakan rekaan yang mirip AirPods.

Terkini, kastam Amerika Syarikat telah merampas dua ribu unit OnePlus Buds kerana disangka adalah klon AirPods. Tetapi jelas sekali di kotak bungkusan juga menyatakan ia adalah “OnePlus Buds” dan besar kemungkinan adalah benar-benar OnePlus Buds yang asli. Berdasarkan imej itu sendiri, ia langsung tidak menyebut nama Apple atau AirPods. Mungkin disebabkan rekaan yang mirip AirPods, pihak kastam ini merampas. Menurut laporan rasmi, produk ini berasal dari Hong Kong dan sedang menuju ke Nevada.

Mungkin jika OnePlus Buds yang sedang dihantar itu berwarna hitam atau biru ia tidak akan dirampas. Jelas sekali, warna putih ini amat mirip OnePlus Buds. Nampaknya, OnePlus harus pelajari dari sifat ingin tiru ini dan diharapkan kelas di masa hadapan – OnePlus akan menggunakan rekaan asli dan bukannya inspirasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd