Gojek Dan Grab Dilaporkan Memulakan Perbincangan Kembali Untuk Bergabung

Gojek Dan Grab Dilaporkan Memulakan Perbincangan Kembali Untuk Bergabung

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Sekitar bulan Februari lepas, ia telah diperkatakan Grab dan Gojek dalam perbincangan untuk menyatukan aplikasi mereka – memandangkan kedua-duanya menawarkan ciri lebih kurang sama, selain penyatuan operasi dijangka memudahkan mereka mengukuhkan lagi penawaran dan mengurangkan persaingan.

Apa pun, perbincangan berkenaan dilihat tidak diteruskan ketika itu disebabkan  beberapa perkara. Terbaru, Financial Times melaporkan Gojek dan Grab telah memulakan kembali perbincangan untuk mengabungkan syarikat mereka.

Gojek Grab

Ia diperkatakan Softbank termasuk beberapa pelabur awal meminta mereka untuk berbincang kembali – apatah lagi dengan perkhidmatan seru-pandu Gojek dan  Grab mengalami kerugian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada masa yang sama, penyatuan kedua-dua syarikat ini juga dijangka akan memudahkan mereka membuat keuntungan dari segi penawarna perkhidmatan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai perkembangan berkenaan kedua-dua syarikat ini.



TIPS & ULASAN