Snapdragon 875 ialah pemproses terkini yang dijangka dilancarkan pada Disember hadapan sebagai ganti kepada Snapdragon 865+. Pemproses ini akan menjadi yang pertama dari Qualcomm menggunakan teknologi 5nm. Menurut laporan dan Korea pagi ini, Samsung Electronics telah dipilih untuk menghasilkan kesemua cip Snapdragon 875 untuk Qualcomm.
Cip Snadragon 875 akan sekali lagi cuba memberikan tentangan kepada cip siri A dari Apple untuk peranti mercu Android pada tahun 2021. Sebelum ini Qualcomm menggunakan khidmat TSMC untuk menghasilkan cip Snapdragon 865. Kontrak mengilangkan cip ini dilaporkan bernilai sekitar $1 bilion.
Ini tidak bermakna Samsung akan menggunakan Snapdragon 875 pada kesemua peranti mereka seperti Galaxy S21. Seperti kami laporkan sebelum ini Samsung masih ingin menghasilkan cip Exynos dengan GPU yang direka oleh AMD.