ColorOS 11 Kini Rasmi – Lebih Mendekati Android Asli

ColorOS 11 Kini Rasmi – Lebih Mendekati Android Asli

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

ColorOS adalah sistem operasi dari Oppo, yang mana dibina berasaskan Android. Versi yang sedang dijalankan kepada kebanyakan peranti Oppo adalah ColorOS 7 yang dibina berasaskan Android 10. Tetapi dengan kehadiran Android 11, Oppo melangkau nama ColorOS 8, 9, 10 dan terus lompat kepada ColorOS 11 agar lebih selari dengan versi Android. Hari ini, Oppo telah melancarkan ColorOS 11 secara rasmi.

ColorOS 11 dilihat masih menggunakan tema yang sedikit berat, yang mana dikenali oleh ramai pengguna Oppo. Tetapi menjadikan ia lebih menarik adalah, ColorOS 11 lebih mendekati dengan Android asli. Cuma bukan dari segi rekaan antaramuka, sebaliknya adalah dari segi ciri dan fungsi. Kemudian, menjadikan ia lebih mendekati Android asli adalah dengan menyertakan banyak aplikasi Google terus terbina. Berikut adalah ciri dan fungsi baru yang menarik hadir dalam ColorOS 11;

Kawalan gestur 3-jari tangkapan skrin yang dikuasakan Google Translate. Ia adalah kawalan gestur biasa untuk mengambil tangkapan skrin, cuma kini ia mempunyai sokongan penterjemahan terus dari Google Translate dengan hanya menggerakkan tiga jari di kawasan yang ingin diterjemah.

Mod gelap kini lebih banyak kawalan, yang mana dekat dengan Android asli. Pengguna boleh menetapkan aras kontras, set secara automatik mengikut masa serta menetapkan mengikut waktu subuh atau senja.

Always-On Display pula kini mempunyai lebih banyak pilihan kustomasi. Contohnya adalah kemampuan melukis corak sendiri, pilihan pelbagai rekaan dan banyak lagi.

Tetapan tema dengan kuasa kecerdasan buatan. Dalam tetapan ini, ia cuba menggunakan tetapan tema seakan Android asli juga yang mampu mengubah ikon, saiz teks serta warna utama. Bukan itu sahaja, bahagian gambar latar belakang, pengguna bolej menggunakan kamera untuk mengambil swafoto atau gambar pakaian – agar sistem boleh menjana gambar latar belakang yang sama dengan tema pakaian yang dipakai oleh pengguna. Teradpat 10 warna dari 5 skema warna, mempunyai visual berbeza, serta susun atur skrin utama yang boleh ubah. Tidak lupa juga dengan animasi imbasan cap jari yang ada banyak pilihan.

Turut disediakan adalah Lab Ringtone, iaitu kemampuan membuat nada dering tersendiri. Oppo menyediakan beberapa tema seperti thrilling, vibrant, relaxing, simple dan boleh memilih rentak seperti slow atau fast. Bukan itu sahaja, melalui sistem nada dering baru ini ia turut menyertakan pelbagai pilihan melodi dan bunyi notifikasi akan mempunyai rentak agar apabila banyak mesej diterima tiada bunyi yang sama berulang dan menjengkelkan.

Oppo turut memperkenalkan Sound Of Cities, jika pengguna ingin bermeditasi, tidur atau hanya menenangkan diri. Ia adalah bunyi persekitaran sebenar dari tujuh bandar seperti bunyi suasana di sesuatu bandar popular.

Kemudian, ColorOS 11 turut menyertakan Flow Across Task dan Flex Drop iaitu fungsi multi-tugasan yang interaktif seperti kemamopuan membuat tetingkap terapung, mengubah saiz tetingkap atau juga fungsi drag & drop imej dari tetingkap terus ke aplikasi lain seperti WhatsApp. Kemudian, melalui Flow Across Device, Oppo menyertakan sokongan Nearby Share.

Antaramuka ColorOS 11 ini juga menggunakan sistem UI First 2.0 yang menggabungkan sistem Quantum Animation Engine yang mana diberi nama Flow With Ease. Ia mempunyai pengoptimasian penggunaan RAM 45%, kadar respon 32% dan juga 17% kadar bingkai. Setiap animasi ini cuba mimik pergerakan sebenar. ColorOS 11 turut mempunyai perlindungan bateri dan ketahanan bateri yang lebih baik. 5% bateri akan mempunyai masa standby sehingga 12 jam, 90 minit masa permesejan, 1 jam panggilan panggilan telefon dan juga kemampuan mengurangkan kelajuan pengecasan pantas di waktu malam.

ColorOS 11 akan diedarkan dalam bentuk beta terlebih dahulu dengan sasaran lebih 28 peranti Oppo serta pengguna seperti di Malaysia adalah antara yang terawal akan menerima kemaskini ini.



TIPS & ULASAN