Intel Mengesahkan Pembangunan CPU 8-teras Untuk Siri CPU Tiger Lake

Intel Mengesahkan Pembangunan CPU 8-teras Untuk Siri CPU Tiger Lake

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Intel telah melancarkan siri CPU generasi ke-11 mereka, Tiger Lake tidak lama dahulu, dan pelancaran awal ini nampaknya memfokuskan kepada penggunaan didalam komputer riba nipis, ringan dan berkuasa yang premium dibawah nama Intel Evo.

Hari ini, pihak Intel, melalui Boyd Phelps, Timbalan Presiden Korporat bahagian Client Computing Group di Intel telah mengatakan bahawa Intel akan memperkenalkan siri CPU dengan lapan teras dalam masa terdekat ini, tetapi tidak mengatakan senario penggunaan CPU tersebut.

VideoCardz telah melaporkan bahawa seorang peniris yang cukup terkenal dikalangan pembina PC telah meniriskan bahawa terdapat kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa Intel akan melancarkan CPU 8-teras ini melalui Tiger Lake-H, siri CPU yang biasanya tiba untuk komputer riba berprestasi tinggi.

Ia diperlihatkan bahawa siri CPU Tiger Lake-U hadir dengan penggunaan kuasa 7-28W, siri CPU Tiger Lake-H ini akan menggunakan kuasa setinggi 45W.

Dengan pengumuman pihak Intel mengenai siri CPU 8-teras yang akan tiba, ia dijangka bahawa CPU tersebut akan termasuk dalam siri Tiger Lake-H ini. Bagaimana agihan modelnya, dan prestasinya berbanding dengan Tiger Lake-U tidak diketahui lagi, tetapi Intel juga berkata bahawa butiran mengenainya akan diketahui tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN