Cari @ Amanz

Selain dari laporan mengatakan Grab dan Gojek sedang dalam perbincangan untuk bergabung, kini turut  hadir laporan baru mengatakan Alibaba dalam perbincangan untuk melabur pada syarikat seru-pandu Grab.

Menurut Bloomberg, Alibaba dalam perbincangan untuk melabur sekitar $3 bilion pada Grab Holdings Inc.

Grab sedia menawarkan sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk perkhidmatan seru-pandu, makanan, dan turut telah mula memfokuskan kewangan.

Seperti ramai sedia maklum, Alibaba membuat pelaburan pada sejumlah syarikat, dan telah mula melihat kepada syarikat-syarikat yang berpusat di Asia Tenggara sejak kebelakangan ini. Mereka turut telah mengambil-alih Lazada beberapa tahun lepas.

Buat masa ini, perbincangan pelaburan oleh Alibaba ke Grab ini masih pada peringkat awal, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd