IKEA hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Republic of Gamers (ROG) untuk membangunkan sejumlah perabot dan aksesori gaming yang lebih mersa dan mampu milik.
IKEA mengatakan produk perabot yang meliputi 30 produk berkenaan akan dilancarkan di China terlebih dahulu pada Februari 2021, dan seterusnya pada pasaran lain bermula Oktober 2021 kelak.
Dengan pasaran dunia gaming yang sedang meningkat naik dengan drastikĀ sejak akhir-akhir ini, IKEA kini turut ingin menawarkan pengalaman yang baik kepada para pengguna melalui penawaran perabot yang mengkhususkan pasaran ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah perabot-perabot yang bakal ditawarkan oleh IKEA melalui penawaran baru ini.