Carian
Oppo Mengesahkan Oppo Watch Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
September 14, 2020 Aman

Oppo Malaysia hari ini mengesahkan  yang mana jam tangan pintar terbaru mereka berasaskan Wear OS bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Oppo Watch

Oppo Watch hadir dengan rekaan skrin segi empat sama, dilengkapi sistem operasi Wear OS dari Google, dilengkapi cip Snapdragon 3100.

Buat masa ini, Oppo sekadar mengacah kehadiran jam tangan pintar ini, dan masih belum berkongsi  tarikh pelancaran rasmi untuknya. Sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran jam tangan pintar ini untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Komen