ColorOS 11 Beta Akan Diedarkan Bermula Hari Ini Secara Bergilir-Gilir Untuk 28 Peranti Oppo

ColorOS 11 Beta Akan Diedarkan Bermula Hari Ini Secara Bergilir-Gilir Untuk 28 Peranti Oppo

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Oppo telah pun melancarkan ColorOS 11 sebentar tadi. Ia adalah sistem operasi terbaru dari Oppo yang kini cuba mendekati Android asli. Walaupun bukan dari segi tema, tetapi dari segi aplikasi terbina, ciri dan fungsi ia akan mengikut apa yang ada dalam Android 11. Buat masa ini, ColorOS 11 terhad kepada beberapa peranti Oppo sahaja, berikut adalah senarai dan tarikh;

Bermula hari ini, iaitu 14 September Oppo Find X2, Find X2 Pro dan Find X2 Pro Edisi Lamborghini akan menerima kemaskini ini terlebih dahulu. Kemudian pada 30 September, Reno3 4G, Reno3 Pro 4G dan F17 Pro pula akan menerima kemaskini ini. Peranti baru seperti siri Reno4 akan diedarkan pada hujung tahun ini bersama-sama dengan siri F11 dan beberapa siri A. Edaran kemaskini akan diteruskan sehingga suku kedua tahun 2021.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam bentuk beta dan 28 peranti sahaja. Tarikh kemaksini stabil dan senarai peranti lain masih tidak diketahui lagi. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN