Realme 7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 September

Realme 7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 September

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Realme Malaysia hari ini  mengumumkan mereka bakal melancarkan  telefon pintar terbaru dibawah siri Realme 7 secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 24 September 2020 ini.

Dua model telefon pintar Realme 7 telah diperkenalkan buat masa ini, iaitu Realme 7 dan juga Realme 7 Pro.

Realme 7

Realme 7 hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Helio G95, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Telefon ini turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Realme 7  Pro pula hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 720G, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan kamera utama 64-megapixel dibelakang.

Seperti  biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 24 September ini untuk melihat sendiri apakah kejutan dan harga jualan siri Realme 7 untuk pasaran Malaysia kelak.



TIPS & ULASAN