YouTube Memperkenalkan Pesaing TikTok Tersendiri, YouTube Shorts

YouTube Memperkenalkan Pesaing TikTok Tersendiri, YouTube Shorts

Diterbitkan pada Sep 15, 2020 oleh .
YouTube Shorts

YouTube hari ini telah mengumumkan mereka akan hadir dengan penawaran terbaru yang memudahkan pengguna untuk berkongsi video selama 15-saat dengan mudah, melalui YouTube Shorts.

YouTube Shorts menawarkan ciri yang lebih kurang dengan TikTok. Melaluinya, pengguna boleh membuat rakaman video, seterusnya menambah muzik daripada pilihan muzik yang disediakan. Seterusnya, anda boleh berkongsi hasil kandungan berkenaan bersama rakan-rakan lain.

Buat masa ini, YouTube Shorts hanya ditawarkan di India sahaja, dan dijangka akan diperluaskan ke negara lain dalam masa terdekat.

YouTube sedia dikenali ramai dengan penawaran video mereka, dan mampukan penawaran YouTube Shorts ini menawarkannya sebagai salah satu destinasi alternatif yang dituju ramai selepas pelbagai cabaran yang menimpa pihak TikTok akhir-akhir ini?



TIPS & ULASAN