Facebook Memperkenalkan “Watch Together” – Menonton Video Dengan Rakan Di Messenger

Facebook Memperkenalkan “Watch Together” – Menonton Video Dengan Rakan Di Messenger

Diterbitkan pada Sep 15, 2020 oleh .

Facebook sepanjang musim Covid-19 ini banyak memperkenalkan fungsi dan ciri menarik untuk digunakan bersama-sama dengan rakan dan juga yang tersayang. Terkini mereka hadir lagi dengan fungsi baru, iaitu “Watch Together“. Ia adalah fungsi menstrim video “Facebook Watch” untuk menonton secara beramai-ramai.

Apa yang menarik adalah, fungsi ini terbina melalui Facebook Messenger yang membenarkan pengguna menonton video melalui panggilan video di Messenger dan juga Messenger Rooms. Jadi jika ada video kelakar yang sedang tular, anda boleh tonton bersama-sama sambil melihat reaksi wajah rakan anda. Watch Together turut akan membantu para pencipta kandungan seperti membuat penstriman langsung dan boleh menjemput para peminat bersama-sama untuk menyertai.

Untuk menggunakan Watch Together, pengguna hanya perlu membuka Facebook Messenger dan mulakan panggilan video atau cipta Messenger Rooms. Selepas itu pilih sahaja Watch Together dan pilih kategori seperti ‘TV & Movies,’ ‘Watched’ atau juga ‘Uploaded.’ Salah satu sebab lain Facebook hadir dengan fungsi ini adalah kerana pengguna panggilan video di Messenger mencapai 150 juta dan 200 juta video dihantar melalui Messenger. Jadi dengan Watch Together, ia boleh lebih mengeratkan silaturrahim dan menikmati video dengan lebih baik.



TIPS & ULASAN