Muzik Popular Kelak Boleh Dimainkan Sambil Menstrim Permainan Di Facebook Gaming

Muzik Popular Kelak Boleh Dimainkan Sambil Menstrim Permainan Di Facebook Gaming

Diterbitkan pada Sep 15, 2020 oleh .

Facebook Gaming adalah salah satu platform penstriman untuk para pentsrim permainan video. Ia bersaing dengan Twitch, YouTube Gaming dan lain-lain. Tetapi jika penstrim sedang bermain permainan video dan sambil itu ada muzik bermain di latar – Facebook akan menyekat video penstriman tersebut kerana isu pelesenan.

Facebook Gaming

Kelak lebih 90 negara, para penstrim permainan video boleh menstrim sambil memainkan muzik popular di latar belakang. Tetapi dengan syarat, permainan video masih menjadi fokus utama. Facebook Gaming masih berbincang dengan Universal Music Group, Warner Music Group, Sony Music Entertainment dan banyak lagi syarikat muzik lain.

Facebook juga pada masa yang sama sedang menjayakan untuk hadir dengan kemampuan penstriman muzik secara terbina terus di platform Facebook Gaming.



TIPS & ULASAN