Cari @ Amanz

Pada taun 2017, Google telah mula menguasakan pejabat dan pusat data mereka dengan tenaga lestari. Ini bermakna sebanyak mana tenaga mereka gunakan, banyak itulah sumber tenaga lestari yang mereka beli bagi menjana semula tenaga seperti melalui tenaga angin atau solar. walau bagaimanapun, penggunaan kuasa Google masih belum mencapai 100% neutral karbon lagi.

Terkini, Google telah memberi garis masa mengenai penggunaan tenaga ini. Menjelang 2030, Google menyasarkan yang keseluruhan pusat data dan kampus-kampus mereka akan menggunakan tenaga lestari. Menurut Google, penggunaan sistem kecerdasan buatan turut akan membantu mencapai sasaran mereka ini dan juga dengan menjadikan diri mereka sebagai sumber di mana tenaga lestari boleh didapati. Menggunakan tenaga solar dan bateri pada alatan atau mesin-mesin juga adalah antara langkah yang mereka akan lakukan.

Sehingga hari ini, menurut Google mereka adalah syarikat gergasi pertama yang jejak karbon sifar. Tetapi ini tidak bermakna penggunaan tenaga Google adalah 100% lestari, tetapi pengeluaran tenaga lestari mereka mengimbangi dengan jumlah pengeluaran karbon di lokasi-lokasi mereka. Google turut menginginkan 1 bilion pengguna mereka membantu dalam konsep penggunaan tenaga lestari ini dengan menawarkan produk-produk yang berkaitan. Salah satunya adalah pengecas untuk basikal elektrik

Kemudian, Google turut melabur untuk mencipta 5GW tenaga lestari agar dapat membantu 500 bandar mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 1 gigaton.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd