Carian
Facebook Memperkenalkan Ciri Facebook Avatar Di Malaysia
September 15, 2020 Aman

Facebook hari ini telah memperkenalkan ciri Facebook Avatar untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, anda boleh membangunkan watak digital tersendiri berdasarkan pilihan anda, dan menggunakannya dalam interaksi pada media sosial berkenaan.

Melalui penambahan Facebook Avatar, ia memberikan kemudahan untuk anda meninggalkan reaksi menggunakan Facebook Avatar – yang mana lebih dekat dengan pengguna berbanding penggunaan emoji atau Sticker sebelum ini.

Penawaran ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna Facebook di iOS dan Android. Bagi anda yang telah menerimanya, apakah pendapat anda berkenaan ciri ini?

Komen