(Ura-Ura) Samsung Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Baru Dibawah Siri Galaxy F
Aman
Samsung pada hari ini sedia mempunyai beberapa siri telefon pintar, termasuk Galaxy A, Galaxy M, Galaxy S, Galaxy Note, dan juga Galaxy Z. Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Samsung mungkin turut akan memperkenalkan sebuah lagi siri telefon pintar dibawah keluarga Galaxy F.
Siri Galaxy F ini dijangka diperkenalkan di India penghujung bulan ini, dijangka memfokuskan kepada penawaran fotografi melaluinya.
Apa pun, dengan sensor kamera utama bersaiz besar yang digunakan pada siri Galaxy A dan Galaxy M, ia mungkin sedikit mencabar untuk memasarkan siri Galaxy F ini kelak.
Mengikut desas-desus, Samsung mungkin menyertakan ciri tambahan seperti penstabilan optikal dan sebagainya pada siri peranti ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bagaimana Samsung akan memposisikan siri peranti baru ini, dan mencabar pelbagai pengeluar peranti lain dipasaran hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.