Cari @ Amanz

Apple hari ini mengumumkan yang mana mereka tidak lagi kana menyertakan penyesuai kuasa USB bersama-sama dengan kotak Apple Watch baru. Hal ini dalam mengurangkan lagi pembaziran yang memberikan impak terhadap alam sekitar.

Ini bermakna, pembelian Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE tidak akan menyertakan penyesuai USB berkenaan.

Hal ini sekaligus memberikan petanda Apple mungkin melakukan perkara sama pada produk mereka yang lain.

Sebelum ini, pelbagai desas-desus telah hadir mengatakan Apple tidak akan menyertakan pengecas dan EarPod pada pembelian iPhone baru.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd