Apple Memperkenalkan iPad Generasi Ke-8 – Harga Bermula RM1449

Apple Memperkenalkan iPad Generasi Ke-8 – Harga Bermula RM1449

Diterbitkan pada Sep 16, 2020 oleh .

Apple hari ini mengumumkan iPad generasi ke lapan mereka, yang mana hadir dengan cip pemprosesan Apple A12. Tablet asas dari Apple ini menyertakan kemaskini dari segi pemprosesan untuk memudahkan lagi pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan pantas.

Dari segi rekaan, iPad generasi ke-8 masih seperti tablet Apple sebelum ini, turut mengekalkan penggunaan Touch ID, dan skrin bersaiz 10.2-inci.

Dengan penawaran asas ini, ia turut menyokong Apple Pencil generasi pertama, selain sejumlah aksesori yang ditawarkan untuk iPad generasi sebelum ini.

Tablet terbaru ini dijangka meneruskan penawaran sebagai tablet mampu-milik dari Apple, sekaligus lebih ramai mendapatkan tablet dari Apple untuk tujuan menikmati kandungan, mahupun menghasilkan kandungan.

iPad baru ini ditawarkan pada harga bermula RM1449 untuk versi 32GB WiFi, dan RM1849 untuk versi 128GB WiFi. Untuk versi selular pula, versi 32GB ditawarkan pada harga RM1999, sementara versi 128GB pada harga RM2399.



TIPS & ULASAN