Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan iPad generasi ke-8, Apple hari ini turut mengumumkan iPad Air yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan menyertakan rekaan yang dikemaskini.

iPad Air baru ini hadir dengan skrin 10.9-inci Liquid Retina, dilengkapi cip pemprosesan terbaru Apple A14 berasaskan binaan 5nm, dan turut menyertakan sokongan USB-C bersama-sama dengannya untuk digunakan bersama sejumlah aksesori.

Apple turut menyertakan sokongan butang kuasa yang dilengkapi Touch ID untuk tujuan pengesahan.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan iPad Air sebagai salah satu tablet berkuasa di pasaran yang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti serta penghasilan kandungan dengan mudah.

Di Malaysia, iPad Air ini ditawarkan pada harga bermula RM2599 untuk versi WiFi, dan bermula RM3149 untuk versi selular.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd