Anda Kini Boleh Pra-Daftar Aplikasi Adobe Illustrator Untuk iPad

Anda Kini Boleh Pra-Daftar Aplikasi Adobe Illustrator Untuk iPad

Diterbitkan pada Sep 16, 2020 oleh .

Adobe telah pun mengumumkan mereka akan menawarkan aplikasi Adobe Illustrator untuk iPad – sekaligus memudahkan anda membuat lakaran, menghasilkan vector dan sebagainya terus melalui tablet keluaran Apple berkenaan.

Lanjutan daripadanya, kini Adobe dalam persiapan untuk melancarkan aplikasi Adobe Illustrator untuk iPad secara rasminya dalam masa sekitar sebulan lagi.

Selari dengannya, Adobe kini membolehkan anda melakukan pra-daftar, dan aplikasi tersebut akan dimuat-turun ke iPad anda sebaik sahaja ia ditawarkan kelak.

Adobe menyasarkan aplikasi ini ditawarkan kepada pengguna pada 21 Oktober 2020 kelak. Walaupun aplikasi berkenaan ditawarkan secara percuma, namun untuk menggunakannya anda perlu mempunyai akaun Creative Cloud dengan langganan untuk Illustrator.

Pra-Daftar : Adobe Illustrator untuk iPad



TIPS & ULASAN