Melihat Kembali Perjalanan Digital Malaysia

Melihat Kembali Perjalanan Digital Malaysia

Diterbitkan pada Sep 16, 2020 oleh .

Dengan kita menyambut ulang-tahun Merdeka yang ke 63, dan 57 tahun sejak Malaysia ditubuhkan, kali ini saya melihat kembali kepada pelbagai pencapaian oleh negara kita yang tercinta. Terutamanya, pelbagai langkah kritikal yang telah diambil kita dalam mengubah malaysia kepada salah satu penyumbang ekonomi digital global.

Internet pertama kalinya hadir ke Malaysia pada tahun 1987 melalui penubuhan perkhidmatan Internet yang dinamakan RangKoM (Rangkaian Komputer Malaysia). Ia dihubungkan ke semua universiti untuk memudahkan para pengkaji berkomunikasi antara satu sama lain. Pada awalnya, rangkaian ini digunakan oleh institusi akademi, kerajaan dan juga agensi persendirian. Pada waktu yang sama, 33 tahun lepas, pada 8 jun 1987, domain .MY telah lahir dan diperkenalkan ke Internet.

Mengikut bancian Internet pertama yang dilakukan di Malaysia pada 1995, hanya satu daripada seribu orang Malaysia sahaja mempunyai sambungan akses internet ketika itu. Ia seterusnya meningkat kepada 2.5% menjelang 1998, dan hari ini, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar hubungan digital yang tinggi di dunia, dengan lebih 90% penduduk Malaysia mempunyai akses ke Internet.

Masa Depan Adalah Digital

Saya masih lagi ingat era Internet dial-up. Bunyi sambungan modem yang cuba menghubungkan kita ke internet merupakan salah satu alunan baik memberikan petanda saya akan berhubung ke dunia digital. Berhubung ke internet adalah lebih perlahan jikalau dibandingkan dengan piawaian pada hari ini, dan melayari sesuatu web sering menguji kesabaran pengguna.

Walaupun dengan sambungan yang perlahan, ia telah mencapai salah satu tujuan utama, iaitu menghubungkan rumah ke dunia internet. Mempunyai sambungan Internet 56 kilobit pada tahun 1998 adalah seumpama memandu Ferrari – kerana ia merupakan antara sambungan yang terpantas di rumah yang kita boleh terima. Tahun demi tahun, kelajuan sambungan internet telah meningkat drastik, dan kini pada 2020, mempunyai sambungan mencapai ratusan megabit telah menjadi suatu norma biasa.

Ia juga adalah menakjubkan untuk melihat bagaimana teknologi telah berevolusi dari tahun ke tahun, dan mengubah negara kita ke yang lebih baik. Malaysia sedia terkenal sebagai negara kedua di Asia Tenggara yang maju dari peringkat digital mengikut Huawei Global Connectivity Index. Sektor perbankan dan edagang adalah antara yang berevolusi pantas di rantau ini, mendahului Hong Kong, China, dan Singapura. Pada hari ini, ekonomi digital menyumbang kepada satu per lima ekonomi Malaysia, dan bernilai melangkaui RM270 bilion.

Dengan kadar penembusan digital yang drastik, kerajaan menyambut ia dengan membawa setapak lagi kehadapan, sekaligus memastikan masa depan Malaysia yang cerah.

Membuka Potensi PKS

Walaupun dengan pelbagai kemajuan yang telah dicapai, kita masih mempunyai banyak lagi perkara untuk dilakukan, terutamanya dalam membantu mikro-SME yang mana merupakan masa hadapan ekonomi digital di Malaysia.

Sejumlah perniagaan masih belum ke era digital. Hanya 62% perniagaan sahaja yang berhubung ke Internet, dengan 46% mempunyai sambungan jalur-lebar tetap, dan hanya 18% mempunyai kehadiran web. Ini bermakna, usaha kita dalam meningkatkan kesedaran dan mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah digital ke masa hadapan, dan memecahkan halangan dalam menyertainya.

Akses jalur lebar Internet yang pantas, boleh dipercayai dan pada harga mampu-milik menjadi salah satu tunjang utama dalam meningkatkan kadar pertumbuhan dan inovasi negara. Mempunyai perkhidmatan jalur-lebar dan infrastruktur ICT menjadi asas negara dalam beralih kepada sebuah hab perniagaan yang kompetitif. Kita sedia melihat progress untuknya, termasuk sambungan di kawasan luar bandar dan pendalaman. Inisiatif dinamakan Jendela yang diumumkan oleh Perdana Menteri menjadi bukti kepada fokus Malaysia dalam meningkatkan kadar komunikasi digital untuk rakyat Malaysia bersaing dalam ekonomi digital global.

Walaubagaimanapun, walaupun peningkatan pada kadar hubungan, firma besar dilihat menyertai arena ekonomi digital dengan lebih pantas berbanding PKS. Kebanyakkan peningkatan ekonomi digital dilihat tertumpu di kawasan bandar, sekaligus meningkatkan perpecahan digital antara bandar dan luar bandar. Disebabkan ini, agensi seperti MYNIC ditugaskan dalam memberikan insentif dan mengalakkan PKS dan mikro-PKS, terutamanya di kawasan luar bandar, untuk membawa perniagaan mereka dari luar-talian ke atas-talian. Kami melaksanakannya dalam harapan untuk memberikan lebih capaian id luar bandar, dan mengurangkan jurang perpecahan digital.

MYNIC turut berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam perjalanan ekonomi digital di Malaysia, yang mana melangkaui menyokong perniagaan tempatan, pengguna, dan agensi melalui penggunaan identiti dan jenama Internet yang unik. Kami percaya yang keterangkuman, latihan dan pembangunan adalah penting dalam merealisasikan visi digital Malaysia. Di MYNIC, kami turut memfokuskan latihan kepada OKU dan komuniti luar bandar dalam memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam perjalanan ekonomi digital Malaysia.

Matlamat kami adalah menguasakan individu dan perniagaan dalam menyertai proses digital, dan kekal kompetitif pada pasaran masa kini. Saya melihat sendiri, ramai individu yang membawa perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi selepas melalui latihan kami. Ia memperlihatkan Malaysia mempunyai produk dan perkhidmatan yang bernilai untuk pelanggan tempatan dan global.

Sebagai refleksi, Hari Malaysia adalah hari untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, umur, agama, atau bangsa untuk menyambut pencapaian kita, dan fokus serta komitmen dalam masa depan Malaysia dan rakyatnya.

Saya berharap kita semua boleh bersatu dan berkongsi visi dan sasaran untuk ke arah ekonomi digital. Digital adalah masa hadapan, dan sama-sama kita lihat apa seterusnya dalam perjalanan digital Malaysia.

Artikel ini ditulis oleh Datuk Ts. Hasnul Hasan, CEO Mynic.


TIPS & ULASAN